| Tahun | Peristiwa |
| 24 Feb. 1948 | Mesyuarat Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu. |
| 15 Jul. 1956 | Perasmian bangunan sebagai Markas Tentera Penjajah Inggeris di Tanah Melayu oleh Mejar Jeneral F.H. Brooks, Panglima Angkatan Tentera Persekutuan. |
| 1957 | Jabatan Kerja Raya membina sebuah dewan bagi kegunaan mesyuarat peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pelan dewan telah direka oleh En. Dinsdale, Arkitek JKR dan En. Jewkes, Timbalannya. Pembinaan bangunan tersebut menelan belanja sebanyak 750 ribu ringgit. |
| 24 Feb. 1958 | Dewan ini telah dibuka dan dirasmikan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan dinamakan Dewan Tunku Abdul Rahman serentak dengan perasmian dewan ini telah dilangsungkan satu Persidangan Jawatankuasa Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Suruhanjaya Ekonomi Asia dan Timur Jauh. |
| 27 Ogo. 1958 | Pejabat dan galeri Balai Seni Lukis dirasmikan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman. |
| 28 Nov. 1958 | Majlis Jamuan Makan Malam Negara untuk meraikan Perdana Menteri Malaysia. |
| 12 Sep. 1959 | Persidangan pertama Perlimen Persekutuan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. |
| 25 Jan. 1960 | Perasmian Persidangan Pesuruhjaya Negeri Jabatan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad. |
| 31 Jan. 1960 | Pelancaran Rasmi Minggu Bahasa Kebangsaan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia. |
| 4 Jan. 1961 | Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga. |
| 31 Jan. 1963 | Pelancaran rasmi Televisyen Malaysia oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia. |
| 31 Jan. 1964 | Perasmian Muktamar Islam Sedunia oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia. |
| 15 Jan. 1965 | Upacara Pelancaran SEACOM (Sistem Kabel Telekom). |
| 11 Apr. 1966 | Pertabalan Yang di-Pertuan Agong keempat. |
| 1963-1968 | Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. |
| 11 Jul. 1968 | Upacara perasmian penubuhan Majlis ARKIB Antarabangsa Cawangan Asia Tenggara (SARBICA) oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. |
| 5 Jan.1970 | Perasmian Seminar Pembangunan Antarabangsa Kelima oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. |
| 20 Feb.1971 | Pertabalan Yang di-Pertuan Agong kelima. |
| 5 Dis. 1974 | Perasmian rasmi Bank Simpanan Nasional oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. |
| 28 Feb. 1976 | Pertabalan Yang di-Pertuan Agong keenam. |
| 20 Apr. 1981 | Pelancaran rasmi Amanah Saham Nasional oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. |
| 8 Jun 1981 | Perasmian Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah oleh Y.A.B Dato' Seri Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. |
| 23 Jul. 1983 | Perasmian Persidangan Perwakilan Tahunan GERAKAN oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. |
No comments:
Post a Comment